Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Kisah Seram - Berbasikal ke Kubur Kassim


 

Assalamualaikum 
,
Dunia Seram - Nama saya Haikal. Kisah saya ini berlaku sewaktu saya dan rakan-rakan dari ITE telah berbasikal. Kisah ini berlaku lebih kurang enam bulan yang lalu. Kami berbasikal seramai sebelas orang dan dalam kumpulan itu hanya ada seorang rakan perempuan. Niat sebenar kami berbasikal sebenarnya adalah sebagai satu aktiviti bertemu rakan dan membuang masa. Tetapi, memandangkan seseorang daripada kami tersedar bahawa malam itu adalah malam Jumaat, kami pun telah membuat keputusan untuk pergi "adventure".
Destinasi pertama adalah kubur Jepun di kawasan Upper Serangoon. Di situ, seramai tujuh orang telah masuk ke dalam termasuk saya. Kami telah berbasikal dari East Coast, menuju ke Jalan Kayu untuk makan dulu. Dari situ, kami telah menuju ke Kubur Kassim di Chai Chee kerana kami pernah dengar beberapa orang yang mengatakan kawasan itu sangat keras.
Sampai di sana, seramai lapan orang telah membuat keputusan untuk masuk ke dalam termasuk rakan perempuan yang seorang itu. Saya dan dua orang rakan saya tidak ingin masuk kerana kami tidak sedap hati. Lima minit kemudian, rakan yang perempuan itu pun keluar dan mengatakan dia merasa tidak sedap hati. Jadi sekarang yang ada di luar empat orang dan yang masuk ke dalam seramai tujuh orang. Kami menunggu lama. Sambil menunggu, saya terbau sesuatu yang wangi sangat. Wanginya sehinggakan saya tersedak.
Setelah itu, keluar dua ekor kucing hitam dan bulu roma saya pun meremang. Tetapi rakan yang tujuh orang itu belum lagi keluar. Saya semakin takut tetapi saya diam kerana tidak ingin menakutkan rakan yang lain yang menunggu. Setelah 20 minit, rakan yang tujuh orang itu pun bergegas keluar dan mereka pun ajak kami beredar dari situ dengan segera. Saya hairan kenapa mereka kelihatan cemas. Setelah kami beredar dan berhenti untuk berehat di restoran makanan segera Mcdonalds, saya pun menyoal rakan saya, "Kenapa kau macam kelam kabut?"
Dia pun jawab, "Aku nampak macam susuk badan orang tua di atas sebuah kubur!" Kami pun menjadi takut. Tapi nasib selepas itu memang niat di hati memang hendak pulang. Sampai di sini sajalah pengalaman saya. Kisah saya ini tidak berapa seram tapi inilah salah satu pengalaman yang saya ingat kerana bau wangi yang membuatkan saya tersedak membuat saya takut.

Posting Komentar untuk "Kisah Seram - Berbasikal ke Kubur Kassim"