Kisah Seram - Rasuk

Image result for hantu seram betul


Dunia Seram - Syah merenung tajam tepat ke mata adik Lin yang baru sedarkan diri sambil tangan kanannya masih memegang ibu jari kaki adik Lin yang bersalut minyak kelapa dan pecahan bawang putih...

"JANGAN GANGGU AKU" jerkah adik Lin lantang sehingga membuatkan se isi ruang tamu rumah mak tua terkejut. "Siapa Engkau?", soal Syah serius.

"Apa kau peduli?" makhluk yang mengusai adik Lin cuba memutar belit soalan dengan soalan. "Haaa.. haaaa..haaa.. haaa......" hilaian tawa yang berselang selikan amarah berulang-ulang kali. "LEPAS!!!" nada suara yang semakin kasar di luahkan oleh badan seorang gadis kecil berusia 16 tahun pada senja itu.

Jiran-jiran mula bertandang memerhati gelagat seorang gadis yang terbaring dan seorang pemuda yang asing di kawasan perumahan itu. Bisik-bisik jiran tetangga mengatakan dahulu kakak adik Lin meninggal dek perbuatan sihir, kini adiknya dirasuk syaitan pula menambahkan kesedihan di lubuk hati mak tua yang dianugerahkan kelebihan merawat sebelum ini.

Selalunya akan diperkatakan, sang perawat akan di uji dengan ilmunya dan itulah yang berlaku pada mak tua kini. Bila serangan terkena pada ahli keluarganya, dia seakan hilang arah. Tak tau ikhtiar apa yang perlu dilakukan.

Syah terkumat kamit mambaca mentera hikmah sakti dari petikan Al Quran barangkali dari gerak bibirnya dan permulaan Bismillah pada awalnya. Dia bukan seorang perawat, kebetulan kehadirannya di situ dihidangkan dengan tragedi dan spontan dia datang membantu. Berbekalkan sedikit amalan asas sebagai seorang Muslim, berlakulah pertembungan dua makhluk berlainan jasad bersandarkan ilham dan makrifat.

"Keluar dari badan cucu Adam ini, atau kau akan dibakar!!" amaran keras yang menyebabkan adik Lin semakin gelisah dan meraung-raung minta dilepaskan.... kedengaran suaranya semakin keletihan dan, "mak.... tolong adik mak... adik sakit makkk..... sambil teresak-esak menangis."

Mak Tua cuba merapi anaknya yang longlai itu tapi ditegah oleh Syah. "Mengucap!" perintah Syah pada jasad adik Lin yang lemah itu namun tidak diendahkan dan adik Lin terus memanggil emaknya dan merayu kesakitan. "Mengucap!!" kali ini suara Syah semakin kuat dan tegas.

Setelah tidak mendapat respon dari arahannya, Syah meneruskan membaca ayat-ayat suci dengan kekuatan hatinya sambil menjuruskan hikmah ayat tersebut agar diresapi tubuh badan yang sedang dirasuk dihadapannya.

"Lepassssssssss...!!!!! Panas!!!..." adik Lin menjerit kembali. "Keluar kau iblis!!" Syah kembali mengatur serangan terhadap syaitan yang sedang merasuk tubuh badan adik Lin yang kembali bertenaga. Matanya semakin kemerahan merenung Syah dengan renungan benci yang membuak-buak.

"Aku tau asal usul kau. Nyah kau dengan azab siksa asal engkau jadi, dengan asal engkau memakan diri, Allahu Akhbar!!" Satu tikaman keris ghaib menusuk ke telapak kaki dan adik Lin menggelupur bagai dalam kesakitan yang amat dan pengsan.

Syah meminta air kosong untuk melegakan kepenatan dan tersandar dia di tiang seri rumah mak tua sambil melihat adik Lin yang rebah lemah diremang senja itu.

Syah dapat merasakan kepanasan syaitan yang terbakar dengan kalimah-kalimah suci dan meraung meniggalkan jasad yang dikuasainya tadi.

Matahari semakin menyinsing dan malam mula mengambil tugasan. Sayup-sayup terdengar suara azan Maghrib berkumandang. Jiran tetangga sudah beransur pulang. Mak tua yang dalam kesedihan meriba anaknya yang kelesuan dan di sapukan air mawar berjampikan Yassin dan selawat. Tatkala air itu masuk menusup kerongga adik Lin, tidak semena-mena adik Lin muntah dan mengeluarkan darah dan serpihan-serpihan halus yang tidak pasti apakah ia.

Syah ingin meninggalkan keluarga itu dan berpesan agar mencari guru agama yang dapat membimbing mereka sekeluarga melakukan ibadah bagi mengelakkan dengki khianat syaitan ini menguasai kembali. Mak Tua menghalangnya dan meminta agar dia betah untuk tinggal beberapa jam lagi sehingga anaknya benar-benar pulih.

Syah menerima pelawaan itu dengan senang hati. Dia tidak sanggup menerima imbuhan yang diberikan mak Tua sebaliknya bantuan yang diberikan itu ikhlas. Mak tua juga tertanya-tanya siapakah yang begitu zalim sehingga sanggup menganiaya dia dan anaknya yang masih muda dan tidak tahu apa-apa.

"Semuanya berlaku atas izin Allah, tidak ada satu pun tenaga yang wujud dalam dunia ini tanpa izinNya, redhalah." Syah menenangkan rintihan mak tua yang sedih memikirkan anaknya yang lemah dan tidak bermaya setelah memuntahkan apa yang digelar sebagai sihir dan santau.

Setelah selesai solat Maghrib, Syah meminta diri untuk meninggalkan mereka kerana masih ada urusan dunianya yang belum selesai. Dalam perjalanan menuju ke destinasi seterusnya yang terpaksa melalui perjalanan yang agak jauh dan gelap. Di fikirannya masih teringat kejadian sebentar tadi. Apa sebenarnya yang berlaku tadi? Kenapa dia boleh berada disitu? Tiba-tiba di terasa bagai ada kelibat di dalam keretanya. Syah cuba memerhati dari cemin pandang belakang dalam keadaan berdebar-debar. Dia bukan seorang pemberani namun berusaha melawan perasaan takut dan gementar.

Sedang kenderaannya melintasi jembatan sempit sambil matanya mencuri-curi pandang dicermin pandang belakang, dia dikejutkan dengan terpaan objek dicermin hadapannya. Syah melakukan brek mengejut dan kenderaannya mengempar kesebelah kanan jalan lalu melanggar sebuah lori yang kebetulan berselisih jalan yang sangat lurus tanpa banyak kenderaan malam itu.

Keadaan menjadi kecoh dan orang ramai mula membanjiri kawasan kemalangan. Pihak polis segera dihubungi dan Syah sedar dan cuba keluar dari kenderaannya. Terdengar suara-suara dari luar kenderaan kecoh dan bising. "encik... encik..." Syah cuba membuka matanya.. tetapi terasa agak berat. Telinganya masih terdengar suara riuh dan kecoh.. adakala seperti bunyi kenderaan, adakala seperti suara orang berbisik, adakala seperti suara kanak-kanak.... Dia terasa bahunya bagai digerakkan. Dicuba membuka matanya. Pandangannya kabur dan terasa kepalanya amat berat sekali.

"Encik... encik..." terdengar suara wanita memanggilnya. Syah terkejut dan berusaha membuka matanya. "Kereta dah siap encik", sapa wanita itu. Syah terpinga-pinga dan melihat jam ditangannya kemudian memerhati diluar. cermin bilik menunggu bengkel kereta tersebut.

"Ah.. mimpi seram itu datang lagi menerpa setiap kali aku membaca majalah Mastika... setan betul!!"

*post kat sini buleh ka??  Grin hehehe..


Credit:Sumber

Blog Archive