Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Cerita Hantu - Kisah Cermin



Dunia Seram - Bosan betul kena tinggal sorang-sorang kat umah ni!! Hari ahad pulak tu!! Ah aku tak tau lah nak pegi mane hari ni. Aku bukan orang yang suka merayap or buang masa. So aku nk cite kat korang pasal satu pengalaman kawan aku ni..
Kejadian ni berlaku pada tahun 2010. Kisahnya bermula pada suatu hari tu...
Kawan aku ni ( aku gelarkan die Ina jelah ye), ina ni baru pindah dari puchong ke mount kiara. Name tempat or alamat aku takkan nyatakan disini. Harap maaf. Rumah baru die tu memang cantik dan juga mahal. Die berpindah ke situ kerana berdekatan dengan pejabat dimana tempat dia bekerja.umah die jenis condo kot. Aku pun dah tak berapa ingat.
Ina betul-betul gembira lah sebab dah lama die impikan nk tggl kat kawasan tu. Hari pertama dia berpindah kesitu dia dapati rumah tu dah siap dengan perabot, senang lah hati die sbb tak perlu beli semua dah siap tinggal bawak pakaian jelah.die pun memeriksa bilik tidur..Memang cntik sebab katil,almari,meja solek and meja menulis pun ada .pendek kata memang lengkap lah condo tu.
Yang menjadi kegilaan Ina adalah cermin yang berada di toilet biliknya itu..Memang cantik cermin tu. Mulanya die nk buang sbb mak dia pernah pesan kat umah jangan letak cermin banyak-banyak, dia tak tau kenapa mak die pesan gitu kat dia. Tapi kerana cermin tu begitu lah cantik dan menarik minat die,die tak jadi lah buang. Cermin tu memang besar sbb die cakap dengan aku cermin tu boleh nmpak satu body die. Ok lah tu kan sbb cermin besar tentu harga pun besar kan..
Malam pertama die tido kat umah tu die dpt rasakan ada bnde yg tak kena sbb perasaan die rase umah ni something wrong somewhere sbb dari waktu asar tadi die tercium bau yang sangat lah busok. Mcm bau taik pun ade. Puas die cari kat seluruh pelosok umah tu tapi hampehhh!! Ape pun takda. Umah tu memang bersih gile. Mana pulak datang bau ni ek?? Die pun hairan lah snn bau tu makin busok dan buat kan die tak selesa.

Aku lupa pulak nak inform,dia tinggal sorang je kat umah tu,tu yg bertambah seram si Ina ni. Tapi die gagah kan diri untuk membaca ayatul Qursi sbb die memang selalu bace ayat die sebelum tido.die baca 7 kali pastu terus tertido..


Bukan hari tu je die bau benda busok tu tapi hampir setiap hari sehingga die terpaksa pakai mask yg tutp mulot dan hidung tu.tu bab bau busok kan dan yang ini berkenaan cermin yang berada dlm toilet die tu pulak...


Die dapat rasakan sesuatu yg pelik pada cermin ni sbb hampir setiap kali die melihat cermin tu die mendapati ada bayangan seorang wanita sedang berdiri disebelahnya!!! Wahhh!! Aku pun takot bile dgr die cite kat aku pasal cermin tu.pernah jugak die bukak cermin tu dan letak kat bilik stor tetapi sekali lagi die terkejut sbb cermin tu boleh berada kat tempat asal td!!! Fuhhhhh!! Die berisghtifar banyak-banyak that time sbb memang die tak pecaya dgn ape yg dialaminya..cermin tu juga seperti boleh berkata-kata. Ni aku tak tau lah imaginasi die or reality. Kekadang bile tgh malam die nk gi toilet die mcm terperasan yg di bahagian tepi cermin tu mengeluarkan darah..dgn bau hanyir lagi..kerana tak tahan dgn gangguan-gangguan tu die pun pulang ke rumah ibunya di kepong kalau tak silap aku.


Sampai situ je dia cite kat aku. Setelah lebih dua bulan dia tak contact aku,aku pun call lah ibu dia nak tanya khabar dia sihat ke tak. Punya lah aku terkejut sbb mak die ckp skrg dia terlantar sakit akibat mengalami sakit misteri. Mengikot kata ibu die, selepas die berpindah balik ke umah ibunya itu die mengalami perubahan yang mendadak.


Die menjadi semakin pendiam,muram dan cepat marah. Akibat dari sikap ganjil die tu dia telah diberhentikan kerja. Ditambah pulak die sentiasa menangis sorang-sorang. Ibu die pun risau lah sbb die ni anak tunggal kan. Yang paling teruk seminggu sebelum aku call tu ina mengamuk mcm orang gila dan sering menyebut ' aku takot tengok cermin tu lah!!'. Sehingga memaksa ibunya membuang semua cermin di rumahnya.dah puas ibunya berikthiar utk berubat tetapi semua gagal dan sia-sia.sehingga badan ina ni ditumbuhi bisul yg besar-besar diseluruh badannya..sehingga kini aku tak tau apakah sebenarnya yang dialami olehnya sehingga die bertukar menjadi begitu teruk.

Sekarang ni aku dh lama tak dgr berita mengenai dia lagi..aku doa kan dia semoga cepat sihat dan sentiasa dilindungi ALLAH SWT. Amin. Ape yg terjadi pada ina memang sgt misteri sehingga ke hari ini...~
***

Posting Komentar untuk "Cerita Hantu - Kisah Cermin"