Kisah Seram - Gangguan Di Tiang Seri

Posted By Admin on Selasa, 29 September 2015 | 11.35

 Image result for kisah roh seram

TIANG SERI, BUMBUNG DAN PINTU DI GANGGU

Dunia Seram - Kisah ni sering terjadi tak kira dari aku kecik ke sampai aku besar. sampai aku dah kawen ni pun. rumah atok aku yang buat nesan ni memang ada yang jaga. biasalah, atok-atok dulu. dia tanam tah semangat jin tanah ke, mambang tanah ke aku pun tak sure. tapi bukan dari atok aku yang buat nesan ni. tapi dari atok kepada atok kepada atok, membawak kepada atok kepada atok-atok aku yang dulu tu.
so nak keluarkan, nak buang kene ada orang yang tanam tu buang benda tu. tapi yang tanam, yang buat benda-benda ni pun dah arwah. so tak boleh nak buat apa la kot. aku pun kurang arif dengan benda-benda ni. cuma yang menjadi misteri dari dulu sehingga sekarang adalah, bilamana dekat rumah atok aku ni. kalo ada anak cucu balik. then bising-bising ; alahhh... budak. dah jumpe regu, bising je lah. main kejar-kejar. main wrestling, main tembak-tembak, mulut semua berterabur sana sini. buat bising tak kira time. akan ada satu goncangan yang kuat dekat pintu rumah.
selain pintu rumah, tiang seri pulak bergegar. selain dari 2 tempat ni, bumbung rumah pun selalu di attack nya jugak. macam mana benda tu menyerang?? oke, benda tu menyerang bila satu masa tu rumah itu terlalu riuh, terlalu bising samada suara budak bermain, bergurau, menangis atau yang tua-tua ni pun tak nak kalah jugak kalau bercakap. cakap kuat-kuat macam teman berbual dia tu 1km dari dia.. paten sedara mara aku memang suka cakap kuat-kuat. aku pun rimas!
once dalam rumah ni buat bising, nanti tak semena-mena ada satu goncangan plus ketukan yang terlalu kuat sampai rasa bergegar pintu rumah. macam nak tanggal dia punya skru. so bila dah ada yang goncang pintu macam tu, sapa je yang berani bukak on the spot? takda sorang pun yang berani. bila dah reda 2-3 minit barulah ada yang bukak. tapi kalau bukak memang takda sesiapa melainkan angin kuat dekat luar.
depan umah atok aku ada hutan kebun. pokok besar-besar, tinggi-tinggi. sekali angin, memang boleh nampak la pokok-pokok tu meliuk lentuk kiri kanan. kalau angin kuat, memang nampak la pokok tu bergerak macam mana. macam tu lah yang kami nampak bila bukak pintu takda orang, tapi cuma pokok je yang bergoyang kesan dari angin. walaupun dari tadi takda pun angin kuat macam ni.
mak aku kata, benda ni dari kecik. dari dia kecik! dulu tak attack pintu. tapi attack tiang seri. dulu rumah atok aku ada tiang dalam rumah. time ni bila tiba-tiba semua buat bising, kejap lagi bergegar la tiang seri tu. macam ada yang goncang dari bawah. bila atok aku dan arwah pak long aku (pakcik aku yang datang time aku nak kawen tu) turun bawah tengok kat punca benda ni bergegar, tak ada sapa melainkan pokok-pokok dekat sekeliling rumah ditiup angin kuat.
baru-baru ni pun jadik jugak. aku tak ada masa tu. tapi mak aku yang ceritakan. masa tu ada kenduri rumah atok aku. aku memang tak dapat balik. so riuh la macam biasa. masa tu petang pukul 2. tengah masing-masing meriuhkan diri, berborak bergurau semua. tiba-tiba atas bumbung macam ada batu besar yang dibaling dari tempat yang tinggi. kuat giler! macam nak bocor bumbung. tapi tak bocor pun. aku tau kuat dia macam mana, sebab aku sendiri pun pernah mengalami masa duduk dekat kampung dulu. so bila mak aku cerita, aku boleh bayangkan lah macam mana kuatnya. lepas dengar bumbung dibaling something yang berat and besar tu, serentak tu ada anging semacam puting beliung kat luar.
mak aku cerita, pokok masa tu dia punya goyang lain macam betul. macam berpusing-pusing dahan-dahan dia. kuat sangat masa tu. pasir dekat laman rumah pun boleh nampak berpusing-pusing. tapi sekejap je dalam 5-10 minit. then benda tu berhenti. keadaan jadi macam sedia kala. macam tak ada apa-apa. so semua masuk rumah la. petang tu pakcik dan abang ipar aku naik bumbung. nak tengok jugak keadaan bumbung rumah. sekali tengok memang clear. cantik lagi bumbung tu. macam tak ada apa-apa yang menimpa. termasuk lah area yang kena baling tadi. sikit pun tak terjejas. tak ada calar langsung.
kesimpulannya, aku tak tau motif apa yang membuatkan dia nak mengamuk tak tentu hala. then aku tak sure gerangan apakah yang membuat angkara. tapi yang pasti, benda ni akan bertindak kalau kita tengah leka berborak, bergurau dan ketawa. aku rasa dia ni nak mengingatkan kami, bahawasanya jangan terlalu seronok dan bergembira dengan sesuatu perkara. beringat-ingat dalam setiap perbuatan.
tapi benda ni tak pernah pun di ambik pot kat sedara mara aku. jumpa lagi kang, memekak macam biasa..

sekian..


Credit:Sumber
Blog, Updated at: 11.35

0 komentar:

Poskan Komentar

Facebook

Blog Archive