Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Fenomena Ketika "Ditindih Hantu" dan Psikologi

Dunia Seram- Masa sekolah dulu, sekolah KUSESS dikatakan amat berhantu especially setiap tahun ganjil. Pada tahun 2005 misalnya, kes histeria adalah amat bersepah sampaikan ada cerita yang pasal budak perempuan histeria pukul 3 pagi, nampak pocong, nenek kira katil, makcik jual karipap dan maca-macam lah. Tapi yang paling real masa tu ialah kes kena tindih masa tidur.

Caption iklan: "hai saya doktor gigi"

"Malam tadi kan, aku terbangun dalam pukul 3 macam tu, lepastu aku tak boleh gerak tau. Yang boleh bergerak mata aku je yang lain semua macam lumpuh. Lepas tu, aku nampak ada hantu tindih aku sampai sesak nafas!"

(Mangsa, 2005)



Aku ni jenis manusia yang tak percaya hantu tapi ada la jugak pengalaman aku yang agak seram cumanya aku tak pernah lagi nampak hantu tu secara nyata. Maknanya ada aku sorang, dan lagi 3 kawan yang nampak benda tu dan kami setuju benda tu ialah seorang (seekor?) hantu. Unless benda ni terjadi, aku masih skeptical bahawa wujudnya hantu. Anyway, kali ni bukan nak cerita pasal hantu lain, kita nak cerita pasal hantu tindih sahaja

Sebenarnya, ada penjelasan saintifik pasal fenomena kena tindih hantu. Untuk kes hantu ini sahaja yang kita dah temui penjelasannya dari sudut psikologi. Mari sini abang terangkan. Kita mulakan dengan mengenali kitaran tidur manusia. Tengok gambarajah di bawah



Pada tahap pertama tidur, ini tahap mamai-mamai lagi antara tido dan tak tido. Masa ni, otak menghasilkan gelombang theta yang tinggi dan berlanjutan antara 5-10 minit. Kalau kejut orang time ni, dia akan kata "eh mana ada, aku belum tidurlah"

Pada tahap kedua tidur, otak mula nak rilek dah dan menyebabkan denyutan jantung berkurangan dan suhu badan menurun. Keadaan ini berlanjutan sehingga 20 minit

Pada tahap ketiga tidur, otak menghasilkan gelombang yang slow, dinamakan sebagai gelombang delta. Proses pertukaran tidoq ayam ke tidoq mampuih kat part ni la

Pada tahap keempat tidur, iaitu pada tahap delta sleep selama 30 minit, gelombang delta dan take over dah dan kajian menunjukkan yang berjalan masa tidur dan ngompol (kencing malam) terjadi di akhir tahap ini biasanya.

Pada tahap kelima tidur, ialah part di mana yang paling penting sekali iaitu part REM sleep. REM bermaksud "Rapid Eye Movement" dan seperti pada namanya, mata kita actually tergedik-gedik bawah kelopak mata tu semasa kita tidur. Manusia paling lama mengalami REM Sleep ni ialah ketika kita masih baby. Kalau tak percaya, pergi cari baby dan sentuh kelopak mata dia masa dia tengah tidur. Korang akan rasa kelopak mata dia tergedik-gedik.

Satu benda yang korang kena tahu pasal REM Sleep ialah ia juga dipanggil sebagai paradoxical sleep sebabnya pada tahap ini, ketika kita tengah tidur:
  1. Aktiviti otak meningkat semula (proses mimpi berlaku biasanya)
  2. Sistem badan lain meningkat
  3. Aktiviti otot dilemahkan

Jadi, ya seperti yang korang sangkakan, orang yang 'ditindih' semasa tidur ni ialah mereka yang tidurnya terganggu di peringkat kelima dimana aktiviti otak dah power, tapi otot pulak macam cacat. Bayangkan Professor X dalam cerita X-Men, tapi tanpa kuasa. Lebih kurang gitu la. Maka disebabkan manusia ni actually masih berada dalam situasi tidur, maka datanglah bayangan yang pelik-pelik dan biasanya menakutkan seperti hantu, raksasa, dan juga jelmaan Mona Fandey yang berlegar-legar di sekeliling katil semasa kita tak boleh bergerak tu.

Jadi, kalau kita masih sedang tidur tapi terganggu? Mengapa agaknya hantu aje yang dilihat masa tengah 'kena tindih' tu? Jawapannya dijelaskan oleh Evolutionary Theorist yang mengatakan bahawa manusia ni dicipta untuk mempertahankan diri dalam keadaan yang terdedah pada bahaya. Jadi, sebenarnya 'hantu' yang kita nampak masa 'kena tindih' tu ialah apa yang otak kita tafsirkan sebagai "ancaman" untuk membolehkan kita mempertahankan diri. Tapi tu lah masalahnya, otot pula lemah masa tu

Fakta: 7.6% populasi dunia mengalami sleep paralysis at least sekali dalam hidup mereka. Seramai 28.3% pelajar dan 31.9% pesakit mental juga mengalami pengalaman kena tindih

Ini bermakna, kita perlu tanya diri kita, selalunya kan, dan almost everytime cerita kena tindih ni ialah
  1. Pelajar yang dah penat dan stress belajar lalu tidur
  2. Orang yang penat
  3. Dah tidur lama baru 'kena tindih'. Takde la baru baring dah kena tindih (REM sleep ambil masa. Tengok 5 langkah atas)


Nampak tak golongan yang terlibat ialah mereka yang sudah penat mentalnya dan senang terganggu kitaran tidur mereka. Kita belum pernah lagi mendengar orang yang kuat dan sihat mengalami kena tindih hantu ni. Contohnya, pasangan baru kahwin di malam pertama (happy dan bertenaga). Ada mereka kena tindih? Tak ada...

Jadi penjelasan dia senang aje. Tidur kita terganggu di peringkat REM Sleep dan disebabkan kita actually masih 'tidur', maka kita nampak lah benda-benda merepek yang tak sepatutnya. Sekian, entry tingkas malam ni. Link berkaitan ada di bawah. Boleh klik untuk tengok journal papers. atau Google. kalau ada soalan, letak di bahagian komen dan aku akan cuba jawab bila ada masa dan internet connection

Credit:http://www.arcx13.com/2013/08/fenomena-ditindih-hantu-dan-psikologi.html

Posting Komentar untuk "Fenomena Ketika "Ditindih Hantu" dan Psikologi "