Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Kisah Misteri - Santau Pengasih,


Dunia Seram - Suatu malam lebih kurang dalam pukul 10.30, telefon saya berdering ditelefon oleh no 017. Setelah diangkat seorang lelaki berada di hujung talian mengenalkan dirinya sebagai Mat. Dia tinggal di Port Kelang. Dia mengatakan isterinya kerasukan. Apabila saya teliti danamati apa diceritakannya, didapati ada kawan satu tempat kerja dengan isterinya suka kepadanya dan telah menggunakan ilmu hitam yang dinamakan santau pengasih. Santau pengasih ini banyak cara yang boleh digunakan, melalui minyak, pemujaan, menggunakan rambut ataupun kuku salah satu dari anggota badan dan boleh juga menggunakan pakaian si mangsa. Kalau diikutkan daripada ceritanya, banyak kejadian aneh telah berlaku kepada mereka. Salah satu daripadanya, ini menyebabkan mangsa tunduk kepada pemakainya. Pada waktu malam, mangsa akan mengingati, memikirkan orang yang memakainya. Ini juga mnenyebabkan tanda tanya juga kepada mangsa iaitu kenapa dan mengapa dia mangsa teringat kepada pemakainya. Sebenarnya di sebalik sapuan minyak pengasih itu adalah perbuatan jin yang dipuja oleh pemakai yang menyebabkan mangsa teringat kepada si pemakai sehingga begitu sekali. Minyak itu adalah sebagai syarat untuk menandakan itulah mangsa yang dimaksudkan oleh pemakai ilmu ini, untuk jin itu bertindak seterusnya terhadap mangsa.
Kesan terhadap penggunakan santau pengasih ini akan menyebabkan kekacauan fikiran si mangsa yang akan menyebabkannya menjadi tidak tenteram, sekaligus menyebabkan keluarga menjadi kucar kacir, tidak sefahaman, sentiasa bertelagah, tak boleh bertemu dan ada sahaja yang tidak kena. Sekiranya ada kekasih, ia akan menjadi syak wasangka yang tidak sepatutnya dan merasa diri mangsa dipermainkan kekasihnya. Apabila berlaku keadaan ini, si pemakai akan menangguk di air keruh sebagai pihak yang kononnya ingin memperbaiki keadaan, walhal sebaliknya. Manusia ini rambut sahaja sama hitam, tetapi hati lain-lain. Dari itu berhati-hatilah meletakkan kepercayaan kita kepada kenalan kita walaupun dia adalah kawan baik sekalipun. Terlalu banyak saya telah saya dengar kisah kawan-makan kawan dalam perubatan yang saya lakukan ini. Sememangnya kasihan tetapi setiap yang berlaku ada hikmahnya yang ingin ditunjukkan oleh Allah SWT kepada mangsa.

Saya bersyukur kepada Allah swt kerana telah mengurniakan ilmu yang saya miliki ini. Di samping dapat mempertahankan diri dan keluarga, saya mampu juga untuk membantu insan lain yang memerlukan pertolongan. Sekurang-kurangnya bertambahlah sedikit kalaupun tidak banyak bekal untuk hari akhirat saya nanti.

Berbalik kepada kisah tadi, untuk senario pesakit seperti ini, pertama sekali apa yang saya lakukan ialah dengan memberi nasihat atau langkah awal untuk bagaimana menangani sihir atau bertahan terhadap perbuatan sihir terlebih dahulu. Untuk pusingan pertama rawatan, biasanya pesakit tidak akan mahu untuk bertemu kerana hatinya (pesakit) akan merasa ragu-ragu dengan apa yang dialaminya. Untuk ini, apa yang saya lakukan ialah dengan melakukan rawatan jarak jauh terlebih dahulu. Rawatan jarak jauh ini sebenarnya adalah tindakan awal untuk melumpuhkan sihir atau ilmu hitam (jin pengasih) terlebih dahulu yang telah mencengkam hati pesakit. Langkah ini bagi membolehkan hati pesakit lama-kelamaan akan tenang dan terbuka untuk datang untuk dirawat.

Keesokan harinya selepas waktu Asar pintu rumah saya diketuk oleh seseorang. Dengan izin Allah Mat rupanya yang telah datang bersama isteri dan beberapa ahli keluarganya yang lain. Saya pun mempersilakan mereka masuk dan menghidangkan air kopi. Setelah membuka bicara, mereka pun terus bertanyakan tentang penyakit yang menyerang si mangsa. Setelah itu saya pun ceritakanlah serba-sedikit apa yang mereka patut tahu. Walaupun tahu siapa si pembuat sihir tersebut, tetapi saya tidak pernah menceritakannya kerana untuk mengelakkan fitnah dan kemudaratan yang lain. Setelah itu saya pun menceritakan kedah rawatan kepada si pesakit dan ramuan ubatan disediakan berserta doa-doa yang perlu dibaca pesakit semasa mengambilnya. Mudah-mudahan, dengan izin Allah SWT, bahan-bahan sihir dan bisa santau dan bahan-bahan kotor di dalam badan pesakit akan keluar melalui muntah ataupun membuang air besar ataupun kecil. Dengan izin Allah SWT juga, biasanya kesemua bahan sihir tesebut akan dineutralkan selepas mengambil ubatan ramuan tersebut dengan sekali ambil sahaja. Ubatan ramuan yang saya berikan tidak ada pantang larang apabila mengambilnya cuma tidak boleh dilangkah sahaja kerana bahan ubatan tersebut telah didoakan. Ubatan diberikan juga tidak perlu pemati ubat. Bagaimanapun, setiap orang yang telah terkena sihir, biasanya akan mendapat penyakit fizikal juga akibat bahan santau telah merosakkan tisu tisu badan. Oleh itu, ia juga memerlukan rawatan ubatan hospital juga untuk memulihkannya.

Selang beberapa hari, Mat menelefon saya, isterinya sekarang juga kembali seperti sediakala. Perhubungan meraka menjadi semakin bahagia. Di sebalik kebahagiaan yang dikecapi oleh Mat dan isterinya, si pengamal sihir pula sudah putus asa kerana perbuatan sihirnya telah dirasakan tidak menjadi lagi. Itulah lumrahnya ilmu yang bertentangan dengan Islam, kuat manalah jin makhluk Allah menentang untuk menentang penciptanya. Sesungguhnya, Allah adalah sebaik-baik pembalas kejahatan.

Wallahu�alam.


Credit:Sumber

Posting Komentar untuk "Kisah Misteri - Santau Pengasih,"